Wednesday, February 15, 2012

TERBARU DI PASARAN


Menerbitkan buku Karyawan Tamu, Dr. Tatiana A. Denisova yang telah menjalankan kajian pada tahun 2007. Buku ini mengandungi hasil kajian beliau mengenai Sosiologi Melayu berdasarkan Koleksi Peribadi Dr. John Bastin.
Muka surat
:
672
Tahun terbitan
:
2011
Harga senaskah
:
RM75.00
ISBN No.
:
978-967-931-238-6


Buku ini mengandungi 21 bab yang menceritakan sumbangan intelek 21 tokoh perbukuan di Malaysia. Tokoh yang dipilih ini ialah mereka yang telah memberi sumbangan besar ke arah pembangunan dan kemajuan industri buku negara.
Muka surat
:
202
Tahun terbitan
:
2011
Harga senaskah
:
RM55.00
ISBN No.
:
978-967-931-236-2

KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER

OBJEKTIF

Memberi pendedahan kepada Pengawas Pusat Sumber tentang pengaplikasian sistem e-Kutub Khanah.
Mendedahkan Pengawas Pusat Sumber tentang pengurusan PSS Era Digital.
Mewujudkan semangat kerjasama di antara Pengawas Pusat Sumber.

KESIMPULAN

Pengawas Pusat Sumber perlu diperkasakan dengan maklumat dan kemahiran agar pengurusan PSS lebih efisen. Semoga dengan kursus ini dapat mencapai objektif yang digariskan, seterusnya Pengawas Pusat Sumber dapat melaksanakan tugas dengan komited dan professional.

K







Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 2012






Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Pengenalan

Pusat sumber merupakan pemangkin pembudayaan ilmu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berbentuk pendidikan untuk warga sekolah. Matlamat Pusat Sumber Al-Hikmah adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah. Fokus utama Pusat Sumber Al-Hikmah adalah kepada budaya ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, taklimat ini membolehkan pelajar-pelajar mengenali dengan lebih dekat pusat sumber di sekolah ini.


Objektif
  • Memperkenalkan pusat sumber kepada pelajar-pelajar baru tingkatan satu.
  • Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.
  • Membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di pusat sumber secara berkesan.
  • Memupuk tabiat belajar secara sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, mengulangkaji pelajaran melalui pencarian maklumat secara sistematik.

Sasaran
Sasaran taklimat ini adalah kepada peserta daripada kalangan pelajar Tingkatan Satu yang masih baru dengan sistem pusat sumber di sekolah ini.

Penceramah
En. Abdul Rahim B. Ali ( Guru Perpustakaan dan Media )
Cik Noor Elhidayah Bt. Elias ( Guru Perpustakaan )

Perlaksanaan

  1. Tarikh : 9 Januari 2011
  2. Hari : Ahad
  3. Masa : 3.30-4.30 petang ( 1A1, 1A2, 1A3, dan 1A4 )
  4. 4.30-5.30 petang ( 1A5, 1A6, 1A7, dan 1A8 )
  5. 5.30-6.30 petang ( 1A9, 1A10, 1A11, 1A12 )
  6. Tempat : Perpusatakaan Al-Hikmah

Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan satu mengenai pusat sumber dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

Dokumentasi Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Segala ilmu dan pelajaran yang diperolehi menerusi aktiviti ini diharapkan dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.




































SULTAN BADLISHAH TIME

FALSAFAH SEKOLAH

Berusaha mendidik secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri individu seseorang pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan Yang seimbang dari segi :
Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH
Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

“MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN BADLISHAH SEBAGAI PENERAJU KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH”

MISI SEKOLAH

SMKSB berusaha untuk:-
1. Melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
2. Melahirkan pemimpin berwibawa dan terbilang.
3. Menggiatkan pelajar cergas dan proaktif dalam kokurikulum dan k
hidmat masyarakat.
4. Meningkatkan ketaqwaan, kesopanan dan kesusilaan.
5. Mewujudkan prasarana selamat, kondusif dan sesuai untuk aktiviti
pembelajaran, penempatan dan riadah.
6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan, profesionalisme dan kemenjadian
pelajar melalui kerjasama dengan masyarakat dan alumni.

Followers

Info

Sebelum membeli apatahlagi menggunakan perlu diketahui fungsi serta kelebihan laptop Sony Vaio CS VGN-CS36GJ dengan processor Intel Core Duo 2.53 GHz, OS - Windows Vista Home Premium (licensed), Memory 4 GB dan Hard disk 320 GB. Secara overall perfomancenya amat berpuas hati kecuali ada sekali blank screen kerana power off semasa update windows (pastikan anda charge laptop semasa update windows supaya tiada masalah)

Sony Vaio ni kalau beli tiada dibekalkan CD Installer. Semuanya dah dibuat backup pada memory. Kalau ada masalah dan nak nak restore semula atau backup semula data hanya klik "delete" banyak kali dan akan timbul screen restore semasa on laptop.

Ok itu cerita laptop terkini bagaimana pula dengan laptop pertama dicipta?

Di tahun 1970-an gagasan komputer peribadi yang portable pertama kali difikirkan oleh Alan Kay di Xerox PARC. Gagasan itu segera disambut oleh yang lain, yang akhirnya bersepakat nama untuk projek laptop pertama adalah Osborne1.

Pertama dicipta pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, beratnya sekitar 11 kg. Yang kelakarnyanya pemacu-pemacunya lebih besar dari monitor. Monitor laptop raksasa ini hanya sebesar 5 inci sahaja

Koleksi Buku

Peranan utama setiap Perpustakaan Negara adalah menyimpan dan memperluaskan penggunaan koleksi terbitan dalam negaranya serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaysia. Institusi ini menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. Koleksi Malaysiana adalah koleksi warisan negara dan bangsa Malaysia.

Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.



Koleksi Monograf (Buku) Malaysiana

Koleksi Monograf Malaysiana ditempatkan di Aras 2, Tengah dan Aras 3 Timur yang terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia secara keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Simbol yang diguna untuk koleksi ini ialah M (Malaysiana), MR (Malaysiana Rujukan), MB (Brosur Malaysiana), f M (folio Malaysiana) dan ff M (double folio Malaysiana).


Koleksi Monograf Luar Negara


Koleksi Monograf Luar Negara merupakan terbitan seperti buku, direktori, kamus, ensaiklopedia, buku manual, atlas, almanak, tesaurus dan bahan kit multimedia. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai subjek perkara umum dan ditempatkan di Aras 3 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Bengkel

Bengkel
Kerjasama

BOOKTON

BOOKTON
Kerjasama PIBG

BULAN KEMERDEKAAN

BULAN KEMERDEKAAN
Semangat Patriotisme

JEJAK MAKLUMAT

JEJAK MAKLUMAT
Anjuran PSS SMKSB

PAMERAN BUKU

PAMERAN BUKU
Galakan Membaca

Lawatan Pameran Buku

Lawatan Pameran Buku
Bersama Sasterawan Negara

PANTAI MERDEKA

PANTAI MERDEKA
Pecutan SPM
 

Copyright © 2009 by PUSAT SUMBER AL-HIKMAH