Saturday, January 23, 2010

Pelancaran Program Nilam

NILAM ( Nadi Ilmu Amalan Membaca )

Lagu Nilam
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadilah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita

Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran Diberi tidak terhingga
Jadi rakan pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi

NILAM, NILAM, anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM, NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina Tabiat membaca NILAM kita
Dunia Indah sekali pasti berseri
Amalan membaca menjana minda bestari


Wednesday, January 20, 2010

Pusat Sumber Menghargai Kunjungan Anda

Semua pelajar digalakkan meminjam buku di pusat sumber sekolah

SULTAN BADLISHAH TIME

FALSAFAH SEKOLAH

Berusaha mendidik secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi diri individu seseorang pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan Yang seimbang dari segi :
Intelek
Rohani
Emosi
Jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada ALLAH
Sebagai rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

VISI SEKOLAH

“MENJADIKAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN BADLISHAH SEBAGAI PENERAJU KECEMERLANGAN AKADEMIK, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH”

MISI SEKOLAH

SMKSB berusaha untuk:-
1. Melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik dan sahsiah.
2. Melahirkan pemimpin berwibawa dan terbilang.
3. Menggiatkan pelajar cergas dan proaktif dalam kokurikulum dan k
hidmat masyarakat.
4. Meningkatkan ketaqwaan, kesopanan dan kesusilaan.
5. Mewujudkan prasarana selamat, kondusif dan sesuai untuk aktiviti
pembelajaran, penempatan dan riadah.
6. Meningkatkan kualiti perkhidmatan, profesionalisme dan kemenjadian
pelajar melalui kerjasama dengan masyarakat dan alumni.

Followers

Info

Sebelum membeli apatahlagi menggunakan perlu diketahui fungsi serta kelebihan laptop Sony Vaio CS VGN-CS36GJ dengan processor Intel Core Duo 2.53 GHz, OS - Windows Vista Home Premium (licensed), Memory 4 GB dan Hard disk 320 GB. Secara overall perfomancenya amat berpuas hati kecuali ada sekali blank screen kerana power off semasa update windows (pastikan anda charge laptop semasa update windows supaya tiada masalah)

Sony Vaio ni kalau beli tiada dibekalkan CD Installer. Semuanya dah dibuat backup pada memory. Kalau ada masalah dan nak nak restore semula atau backup semula data hanya klik "delete" banyak kali dan akan timbul screen restore semasa on laptop.

Ok itu cerita laptop terkini bagaimana pula dengan laptop pertama dicipta?

Di tahun 1970-an gagasan komputer peribadi yang portable pertama kali difikirkan oleh Alan Kay di Xerox PARC. Gagasan itu segera disambut oleh yang lain, yang akhirnya bersepakat nama untuk projek laptop pertama adalah Osborne1.

Pertama dicipta pada tahun 1981 oleh Adam Osborne, beratnya sekitar 11 kg. Yang kelakarnyanya pemacu-pemacunya lebih besar dari monitor. Monitor laptop raksasa ini hanya sebesar 5 inci sahaja

Koleksi Buku

Peranan utama setiap Perpustakaan Negara adalah menyimpan dan memperluaskan penggunaan koleksi terbitan dalam negaranya serta koleksi mengenai negara yang diterbitkan di luar negara. Sebagai sebuah Perpustakaan Negara bagi Malaysia. Institusi ini menjadi institusi memori sejarah dan kebudayaan serta pustaka yang menyimpan, mendokumentasi dan memelihara pencapaian intelek yang telah diterjemah dalam bentuk cetak dan bukan bercetak. Koleksi Malaysiana adalah koleksi warisan negara dan bangsa Malaysia.

Monograf bermaksud buku yang meliputi semua bidang perkara seperti Karya Am, Falsafah, Agama, Sains Sosial, Bahasa, Sains Jati, Teknologi, Sains Gunaan, Kesenian, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah.



Koleksi Monograf (Buku) Malaysiana

Koleksi Monograf Malaysiana ditempatkan di Aras 2, Tengah dan Aras 3 Timur yang terdiri daripada bahan-bahan yang diterbitkan di dalam dan luar Malaysia secara keseluruhan atau sebahagian besar kandungannya adalah mengenai atau berhubung dengan Malaysia dan penduduknya, tidak terhad tempoh penerbitan atau bahasa yang digunakan. Simbol yang diguna untuk koleksi ini ialah M (Malaysiana), MR (Malaysiana Rujukan), MB (Brosur Malaysiana), f M (folio Malaysiana) dan ff M (double folio Malaysiana).


Koleksi Monograf Luar Negara


Koleksi Monograf Luar Negara merupakan terbitan seperti buku, direktori, kamus, ensaiklopedia, buku manual, atlas, almanak, tesaurus dan bahan kit multimedia. Koleksi ini terdiri daripada pelbagai subjek perkara umum dan ditempatkan di Aras 3 Tengah, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia.

Bengkel

Bengkel
Kerjasama

BOOKTON

BOOKTON
Kerjasama PIBG

BULAN KEMERDEKAAN

BULAN KEMERDEKAAN
Semangat Patriotisme

JEJAK MAKLUMAT

JEJAK MAKLUMAT
Anjuran PSS SMKSB

PAMERAN BUKU

PAMERAN BUKU
Galakan Membaca

Lawatan Pameran Buku

Lawatan Pameran Buku
Bersama Sasterawan Negara

PANTAI MERDEKA

PANTAI MERDEKA
Pecutan SPM

Bacaan

Bacaan
Suluk Cinta

Bacaan

Bacaan
Ujian Pintar

Rujukan

Rujukan
Happy life

Rujukan

Rujukan
Hang Tuah

Rujukan

Rujukan
Tatabahasa
 

Copyright © 2009 by PUSAT SUMBER AL-HIKMAH