Wednesday, February 15, 2012

Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Orientasi Penggunaan Pusat Sumber Sekolah

Pengenalan

Pusat sumber merupakan pemangkin pembudayaan ilmu yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berbentuk pendidikan untuk warga sekolah. Matlamat Pusat Sumber Al-Hikmah adalah untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek dan sahsiah. Fokus utama Pusat Sumber Al-Hikmah adalah kepada budaya ilmu iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh itu, taklimat ini membolehkan pelajar-pelajar mengenali dengan lebih dekat pusat sumber di sekolah ini.


Objektif
  • Memperkenalkan pusat sumber kepada pelajar-pelajar baru tingkatan satu.
  • Menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan tidak bergantung kepada buku teks semata-mata.
  • Membantu pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan pendidikan dengan menggunakan segala sumber dan teknologi yang terdapat di pusat sumber secara berkesan.
  • Memupuk tabiat belajar secara sendiri dan berkumpulan dengan cara membaca, menyelidik, mengulangkaji pelajaran melalui pencarian maklumat secara sistematik.

Sasaran
Sasaran taklimat ini adalah kepada peserta daripada kalangan pelajar Tingkatan Satu yang masih baru dengan sistem pusat sumber di sekolah ini.

Penceramah
En. Abdul Rahim B. Ali ( Guru Perpustakaan dan Media )
Cik Noor Elhidayah Bt. Elias ( Guru Perpustakaan )

Perlaksanaan

  1. Tarikh : 9 Januari 2011
  2. Hari : Ahad
  3. Masa : 3.30-4.30 petang ( 1A1, 1A2, 1A3, dan 1A4 )
  4. 4.30-5.30 petang ( 1A5, 1A6, 1A7, dan 1A8 )
  5. 5.30-6.30 petang ( 1A9, 1A10, 1A11, 1A12 )
  6. Tempat : Perpusatakaan Al-Hikmah

Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan ialah taklimat kepada pelajar-pelajar tingkatan satu mengenai pusat sumber dan kemudahan-kemudahan yang disediakan

No comments:

Post a Comment

 

Copyright © 2009 by PUSAT SUMBER AL-HIKMAH